Menuju FaHAM 6: Pidato Seno Jumaat ini!

Pidato Umum: Sastera Indonesia Periode Reformasi: Antara Substans dan Estetika oleh Seno Gumira Ajidarma

Tanggal 13 Nov 2009
Hari Jumaat
Jam 8.30 – 11.30 malam
Berlokasi di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur (KLSCAH)

Peta ke lokasi,



Jika menaiki pengangkutan awam, anda boleh menaiki monorel dan berhenti di stesen Maharajalela. Lokasi acara di bangunan berwarna putih yang jelas kelihatan dari stesen.

http://www.facebook.com/event.php?eid=175548498435

Jangan ketinggalan untuk hadir mendengar bebelan tamu undangan kita, Seno Gumira tentang sastera Indonesia periode reformasi secara umum dan hala tuju di masa hadapan.

Bila mana berbicara tentang sastera Indonesia terutama setelah peristiwa reformasi, mahu tidak mahu kita akan menemui komentar sosial politik di dalam hampir setiap karya baik secara terbuka terang-terangan atau berselindung.

Membaca karya Seno Gumira, Ayu Utami dan Eka Kurniawan sekadar menyebut beberapa nama akan mengesahkan hakikat ini.

Namun seperti judul pidato, pertanyaan timbul di antara substansi dan estetika karya-karya sastera Indonesia pasca reformasi secara umum.

Maka dengan itu, kami menjemput semua untuk datang ke pidato umum santai Seno pada jumaat 8.30 malam. Di sini kita bisa melihat, membanding dan menilai posisi sastera Malaysia di dalam mendepani persoalan sosial politik yang muncul hampir di waktu yang sama.

Ayuh datang kita bedah semuanya di sini!

Menuju FaHAM 5: Catatan untuk Khalid Jaafar

khalid

Oleh Aqil Fithri

Di sini saya tak mahu berbicara tentang polemik, atau tentang narasi-narasi kecil. Kita tak mahu terperangkap, sepertimana pascamodenisme.

Persoalan Maza (Dr. Mohd Asri Zainul Abidin) atau anti-Maza (anti-Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin), itu adalah narasi kecil, dan hal yang sungguh remeh-temeh.

Tentu ada yang lebih tinggi dari itu, atau lebih awal dari itu—iaitu berbicara tentang jalan menuju kepada narasi-narasi besar.

Ini barangkali secara umumnya kelebihan dari falsafah Jerman berbanding falsafah Perancis. Bicaranya tentang universalia, bukan partikularia. Bicaranya tentang wacana, bukannya polemik. Mudahnya, bicara tentang Habermas menerusi gagasan diskursethik-nya. Ini barangkali membantu kita keluar dari kemelut ranting yang sering melekat dalam masyarakat kita dewasa ini. Tapi persoalannya, mengapa Habermas dengan diskursethik-nya? Ini “titik penting” untuk kita belajar dari Habermas.

Kita bermula dari sekolah Frankfurt, bagaimana Adorno, Horkheimer dan Marcuse mengalami kebuntuan bagi memecahkan persoalan dalam hubungan manusia sesamanya, dan sesama alam. Sebab itu, akhirnya Sekolah Frankfurt mengalami semacam pesimisme, sama seperti Schopenhauer juga. Mereka mengeluh melihat kebuntuan-kebuntuan, walhal pada Habermas itu berpunca dari kesilapan cara memandang. Selalu dalam Sekolah Frankfurt, wacana setara tak berlaku. Sebab, hubungan antara sesama manusia terbingkai dalam paradigma “subjek dan objek.” Dalam tafsir Nietzsche, ini dinamakan keadaan “kuasa dan yang dikuasai,” atau dalam tafsir Hegel, ini dinamakan keadaan “tuan dan hamba.” Tapi, tafsir inilah masalahnya, kata Habermas.

Lihat saja perbicaraan di Malaysia, sering jatuh dalam konteks ini. Agamawan paling tidak berada pada kedudukan subjek, manakala bukan-agamawan pada kedudukan objek. Satu durian, satu mentimun. Corak sebeginilah yang melahirkan suasana komunikasi yang tak-seimbang, bukan saja di Malaysia, malah di mana-manapun terutamanya di sebuah wilayah yang tak senang dengan perbezaan. Sudahnya, jalan keluar bagi pergelutan Sekolah Frankfurt ini: Adorno memileh seni, manakala Horkheimer memileh “kerinduan pada yang lain”, sementara Marcuse pada cita-cita sebuah “generasi radikal.” Ternyata, Sekolah Frankfurt terus begitu, dan tak menjanjikan harapan. Datang Habermas, muridnya Horkheimer ini, lalu menanyakan, “apakah benar-benar kita mengalami kebuntuan?” Sebenarnya tidak, kata Habermas. Saat inilah kita harus menoleh pada Habermas. Tapi, ada apa pada Habermas, sebuah nama yang Pak Khalid cuba main-mainkan Fathi Aris Omar—sewaktu kita semua meranggah nasi dagang di Terengganu? Kritik kembali Fathi pada ruang awam, bersama-sama alunan nama Habermas, semuanya berbahasa dalam sepoi-sepoi Laut China Selatan. Apatah lagi, hujan dan dingin pula ketika itu, namun itu gagal memadamkan kehangatan suasana.

Habermas maseh tetap penting, yang kebetulan maseh hidup. Usah jengkel. Sebagai sedikit filsuf Jerman yang bergelumang dalam sains-sosial, Habermas hadhir membawa erti besar dalam kewacanaan, di mana ini sekaligus merungkai masalah komunikasi kita. Biarpun akhir-akhir ini Habermas lebih berminat terhadap wacana agama, tapi sumbangannya dalam Kommunikative Rationalität (kerasionalan komunikatif) harus dipertimbangkan sebagai muafakat bersama untuk meleraikan persilangan budaya, agama, mazhab, dll. Ini yang sedang berkait dengan Malaysia hari ini. Lalu, Habermas bertolak dari kritikan konsep dari Sekolah Frankfurt yang menurutnya terkekang dalam skema hubungan yang sendeng. Sama ada hubungan manusia dengan manusia, mahupun manusia dengan alam, masing-masing tetap bermula dari pola ketakseimbangan. Melihat semua batasan ini, Habermas meratakan kembali kesendengan paradigma masyarakat ini. Masalah yang ditemui adalah pada komunikasi, bukan pada hubungan antara “subjek dan objek.” Dengan meletak sebuah kerasionalan komunikatif—bukan kerasionalan sasaran—maka Habermas membina sebuah paradigma baru.

Gagasan—yang terkandung dalam Diskursethik: Notizen zu einem Begründungsprogramm serta tanggapan-balas menerusi Erläuterungen zur Diskursethik—ini tersimpul dalam tiga tema utama, iaitu diskursethik (etika wacana), lebenswelt (dunia kehidupan) dan prinsip etika. Baginya, kerasionalan komunikatif ini merupakan hal mendasar dari segala usaha dialog, dari segala usaha mengharmonikan persilangan dalam masyarakat. Sebab, gagasan ini memanggil kesemua yang terlibat dalam pertelingkahan untuk bersetuju serta duduk dalam satu kesepakatan bersama. “Kaedah berwacana,” inilah tawaran Habermas untuk kemelut yang Malaysia hadapi dewasa ini. Menarik, kesepakatan yang ditawarkan Habermas ini tak dibina atas perasaan, atau dalam bahasa Kant, naluri itu, tapi dari sebuah rasio komunikatif, iaitu rasio (vernunft) juga. Beza rasio dalam perspektif Habermas berbanding Sekolah Frankfurt ialah—khususnya dari Horkheimer—ialah bukan bersifat rasio instrumental. Dalam kerasionalan komunikatif ini, semua peribadi adalah sejajar, semua idea adalah sekata, maka kedudukan seperti “subjek dan objek,” atau dalam keseharian kita “agamawan (arif) dan bukan-agamawan (jahil)” tidak harus berlaku. Kerasionalan komunikatif tajaan Habermas ini tertanam dalam tiga idea dukungan, seperti yang disebut sebelumnya, iaitu diskursethik, lebenswelt, dan prinsip etika. Namun, tiga tema ini perlu takrif lagi, tentang bagaimana wawasan ini dapat memecahkan kebuntuan kekangan hubungan “agamawan (arif) dan bukan-agamawan (jahil).”

Pertama, bagi diskursethik. Habermas menampilkan empat sendi, iaitu, (1) kejelasan, (2) kebenaran, (3) ketepatan dan (4) kejujuran. Setelah dipenuhi dan dipersetujui—oleh pihak yang terlibat—tentang keempat syarat ini, maka sebuah wacana baru boleh bermula. Pertama, “kejelasan,” yang merujuk kepada kesediaan semua pihak terlibat mengemukakan apa yang mereka fahami. Langkah awal ini penting bagi mengelakkan kesalah-fahaman. Kita tak mahu, sebuah wacana hanya berakhir dari pertikaman, “yang faham aku, yang salah kamu.” Kata hitam-puteh ini harus dinyahkan awal-awal dahulu. Selain itu, sebuah kejelasan juga diperlukan untuk menghakis sebarang a priori. Jika tidak, itu akan lebih mengusutkan, serta gagal menajamkan wacana. Kalau semua ini disepakati, baru kalangan yang terlibat beranjak ke persetujuan kedua, iaitu “kebenaran.” Memang kadang-kadang muak kita mendengar kata kebenaran. Tapi, kebenaran dalam makna komunikatif Habermas ini ada maksudnya, iaitu masing-masing mengemukakan perkara-perkara juga modus-modus untuk diwacanakan. Lalu, perlu ada juga “ketepatan,” iaitu keseimbagan tingkat antara peserta wacana. Selagi tak ada kesetaraan pada normal-normal komunikatif ini, maka kesendengan wacana akan berlaku. Kemudian, terakhir memerlukan “kejujuran,” iaitu masing-masing harus mengakui bahawa setiap mereka tak mempunyai maksud tersembunyi, tidak bertaqiyyah, serta siap untuk menerima semua aturan wacana ini. Setelah empat syarat ini dipersetujui, maka diskursethik boleh dimulai.

Kedua, selain diskursethik, ada juga lebenswelt yang turut mendukung makna kerasionalan komunikatif. Lebenswelt ini adalah kata terkenal dari Husserl, yang merujuk pada fenomenologi. Pernah juga digunakan Heidegger, dan kini Habermas melanjutkannya. Lebenswelt ini bermaksud “dunia-kehidupan,” iaitu masing-masing ada dunia tersendiri. Budaya setiap masyarakat yang terhimpun di dunia ini nyata berbeza. Begitu juga soal agama dan mazhab. Tanpa adanya lebenswelt, kita tak dapat menghuraikan tapak berpijak dalam konteks komunikasi. Sebab, pola komunikasi masyarakat A tentu sekali berbeza dengan pola komunikasi masyarakat B. Ini semua gara-gara lebenswelt mereka yang berbeza. Justeru, dengan lapang-dada setiap peserta wacana untuk tawaduk akan perbezaan lebenswelt, dan ditambah lagi dengan siap mematuhi aturan diskursethik, maka kita boleh bergerak pada kerasionalan komunikatif. Namun, ini semua takkan lengkap tanpa menerima sebuah prinsip moral, secara bersama. Sebab, setiap konflik sebelum wacana, itu akan saja berhujung pada persoalan moral juga. Bukan persoalan perasaan, bukan persoalan lain-lainnya. Bahkan, perasaan sebenarnya adalah paparan dari moral kita. Justeru, kerasionalan komunikatif tak pernah berurusan dengan perasaan, tapi dengan rasio kita, iaitu rasio komunikasi. Inilah khazanah berharga sesama manusia.

Namun begitu, dalam menjamin sebuah komunikasi yang jerneh, kita perlu kembali pada pencarian prinsip etika. Kata “etika” memang penting dalam falsafah Jerman, terutamanya semenjak Kant merangka sebuah “etika universal.” Pak Khalid, menerusi IKD yang menerjemahkan Was ist Aufklärung itu, tentu arif dengan hal ini.

Jadi, ketika inilah, Habermas terilham dari tradisi Kant, yang masing-masing berusaha menembus falsafah etika. Tapi, sebenarnya ada beza antara Kant dan Habermas. Pada Kant, falsafah etikanya hanya bertitik-tolak pada individu, sebaleknya Habermas pada etika sosial (masyarakat). Ini garis pemisah penting antara keduanya. Lihat saja maxim yang diperkenalkan Kant, itu terang-terang saja bersifat individualistik, sementara Habermas—walaupun tak menggunakan kata maxim—sekurang-kurangnya memperkenalkan kaedah dalam menempa sebuah etika universal, yang menurutnya adalah bersifat sosial. Ini usahanya untuk mengukuhkan kerasionalan komukatif tersebut. Di samping itu, “etika universal” Kant juga pernah dikritik habis-habisan oleh Hegel, yang menurutnya membuatkan setiap individu mahu menjadi ego atau dalam bahasanya, masing-masing mahu menjadi “heroik.” Inilah yang terjelma juga dalam masyarakat Malaysia, yang hampir semuanya ego seolah-olah “tahu semua,” atau seolah-olah, “benar semua.” Lalu, kritikan Hegel ini dibenarkan Habermas, sebab tak setiap keputusan manusia harus bertanya pada naluri, seperti yang dimaksudkan Kant itu. Kita tak pernah bertanya pada naluri, “apakah kita mesti membayar cukai,” mithalnya. Sebab, cukai adalah aturan-sosial yang sudah awal-awal kita terima. Kerana itu, pada Habermas banyak urusan dalam etika sosial, yang kita terima (atau, tak terima) tanpa memakai naluri.

Pentingnya prinsip etika kerana ini satu-satunya wilayah yang paling masuk-akal untuk diterima. Sebelum Habermas ini, tradisi etika terbingkai dalam “subjek dan objek.” Pada saat inilah, hilangnya optimisme. Dan, jauh sebelum itu, etika manusia ditentukan dalam konteks mitologi. Di tangan Habermas, prinsip etika mula dikembangkan. Baginya, “hanya norma-norma yang dipersetujui (atau dapat dipersetujui) di kalangan peserta wacana saja yang dianggap sahih,”dan di luar itu tak harus diterima. Atas pesimisme Sekolah Frankfurt, dan monolog-nya etika Kant, Habermas mula menunjukkan bahawa manusia adalah makhluk sosial. Pengkritik keras Sekolah Frankfurt ini percaya, manusia mempunyai kemampuan untuk menyusun wacana imbang, ataupun wacana tanding. Maka, tak memadai kesedaran etika individu menjadi asas dalam sebuah etika universal. Lalu, perlunya sebuah normatif yang disepakati bersama. Jadi, dengan semua ini, Habermas merangka perubahan paradigma radikal, falsafah kesedaran kepada falsafah falsafah bahasa; dari falsafah subjek kepada falsafah komunikasi.

Demikian tiga sendi dari kerasionalan komunikatif-nya Habermas. Memang, ada beberapa kelemahan dalam fikiran Habermas. Ini akan kita bicarakan jika ada perbincangan tentang ini. Juga persoalan, apakah kerasionalan komunikatif ini sebuah retorika? Terpulang. Tapi, tradisi falsafah Jerman sentiasa tersusun ketat, dan tak pernah menjadi perbicaraan lagha, macam yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini. Maka, sebagai sebuah pilihan, gagasan kerasionalan kominikatif ini barangkali harus benar-benar dipertimbangkan di Malaysia—yang terkenal sebagai sebuah negara multi-etnik. Dengan seluruh keragaman kita, seluruh perbezaaan kita, malah sub-perbezaan sekali, maka kalangan Maza dan anti-Maza harus sepakat untuk menerima aturan main ini. Mari kita akui perlunya satu diskursethik, akuinya perbezaan lebenswelt, akui bahawa kita memerlukan sebuah prinsip etika bersama. Seandainya ini ada muafakat, konflik yang timbul di antara kita akan menjadi sebuah kreativiti, sebuah kekayaan, sebuah optimisme, sebuah keindahan, dan juga tentunya sebuah saling pengertian.

Jika tidak, Pak Khalid, Najwan, IKD, saya, juga semua, akan boleh hanyut dengan tempias bodoh—Maza dan anti-Maza—yang sedang melanda Malaysia ini. Sulit untuk bertahan dalam sebuah arus pembodohan yang tak henti-henti. Atau setidaknya, kita terpaksa menemani Adorno, Horkheimer dan Marcuse, dengan segala pesimisme Sekolah Frankfurt-nya. Saya tidak mahu, biarpun namanya Frankfurt.

Nota: Catatan ini merupakan reaksi dari kata-katanya: “mengesan satu lagi tanda kegelapan umat – muncul kembali polemik furuk ala Kaum Tua-Kaum Muda dengan Dr. Asri dan yang menentangnya sebagai pelakun-pelakun baru.”

Artikel ini pertama kali tersiar di diskopi pada 5 November. Sila klik di sini untuk pautan asal

Menuju FaHAM 4: Siapa Eddin Khoo?

eddin

Eddin Khoo akan menjadi salah seorang panelis di dalam forum ‘Saya + Pengarang’ yang akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor & KL atau lebih dikenali di kalangan anak muda sebagai MCPA pada hari Ahad, 15hb November 2009 jam 2 petang sejurus selesai acara Forum Sosialisem di tempat yang sama.

Selain beliau, tamu undangan kita Seno Gumira dan Khalid Jaafar akan turut menjadi panelis yang akan dimoderasi oleh penikmat dan pencandu buku, Ammar Gazali

Eddin Khoo

Eddin Khoo, of Chinese-Indian parentage, is a poet, writer, translator and journalist.

He was born in Kuala Lumpur, Malaysia in 1969, studied Political Thought and Islamic Philosophy at the University of Newcastle Upon Tyne, United Kingdom and Southeast Asian Art and Archaeology at the School of Oriental and African Studies, University of London, where he was a British High Commissioner’s-Chevening scholar, graduating with distinction.

In 2010 he will commence PHD studies at the University of Oxford in the field of Philosophy of Religion.

Following a tenure as an arts and culture journalist with the Sunday Star ~ Malaysia’s leading English language weekly ~ he founded the cultural centre Pusaka and the publishing house, Kala, which devotes itself to publishing literary translations from the world’s languages into Malay.

Eddin Khoo has worked intimately with some of Malaysia’s leading traditional artists including shadow puppeteers, musicians, dramatists and dancers. He has focused principally on the state of Kelantan, researching aspects of oral transmission, cultural and religious politics and aspects of ritual in traditional theatre. He is also an apprentice shadow puppeteer and was a student to the renowned puppeteer, the late Dalang Abdullah Ibrahim, better known as Dollah Baju Merah. He is presently adapting, for the shadow screen, Shakespeare’s Macbeth.

Among his publications is a book of selected writings by the Malaysian artist and critic Ismail Zain, Intermediations: Selected Writings on Art, co-edited with the art historian T.K Sabapathy and a book on traditional Malay Wood Carving, The Spirit of Wood, co-authored with the historian Farish Noor, as well as a translation of poems into Malay, Sajak-Sajak by the American poet Christopher Merrill.

Other books scheduled for publication include All the World’s Figures ~ a collection of original poems; a literary history of the culture, politics and religion of the northeast Malaysian state of Kelantan, The Verandah of Mecca; a translation into English of a collection of poems, Suppose We Were in Sarajevo/Misalkan Kami di Sarajevo, by the acclaimed Indonesian poet Goenawan Mohamad; a translation into Malay of Herman Melville’s Moby Dick; and a scholarly study of Kelantan theatre and politics entitled Islam, Politics and Performance in a Malay State, while continuing to transcribe My Story ~ The Autobiography of a Shadow Puppeteer by the late Dalang Abdullah Ibrahim.

He is presently also editing the autobiography of the acclaimed Malaysian artist Ibrahim Hussein entitled Ib: A Life.

Forthcoming edited volumes includes Huck Finn in the South China Seas, the Collected Essays on Malay Anthropology by the renowned anthropologist Carol Laderman and he is serving as General Editor of the project Khoo Kay Kim and the Writing of Malaysian History ~ a project of international publications to commemorate the 70th year of the Malaysian historian Khoo Kay Kim.

Presently also in preparation is a book of essays on Muslim culture, society and politics entitled The Muslim Predicament.

In recognition of his work in culture, Eddin Khoo was selected as one of Digi Telecommunications Amazing Malaysians in 2006 and as one of the Asians of the Year 2006 by the Channel News Asia, Singapore.

Eddin Khoo is also a regular contributor of comment and opinion to various international newspapers, journals and magazines and is Southeast Asia correspondent for the Australian Broadcasting Corporation’s Late Night Live Program.

He has also served as an independent art curator, most recently for Photojournalism and the Imaging of Modern Malaysia at the Galeri Petronas, Kuala Lumpur in 2007, to commemorate Malaysia’s 50 years of Independence. Other curatorial ventures include an exhibition of shadow puppets and tribal masks, Face the Act (Galeri Petronas, 2002) and paintings by the renowned Chinese artist Shen Jiawei (Galeri Petronas 2008). In 2005 he served as an advisor for the exhibition Crescent Moon: Islamic Art of Southeast Asia ~ at the National Gallery of Australia, Canberra.

Among the cultural and literary festivals in which he has participated include the Winternachten Festival 2005 (Hague, Netherlands); the Man-Hong Kong International Literary Festival 2005; Wordfeast (Singapore, 2004) and the Utan Kayu Literary Festival 2001 (Jakarta, Indonesia). He is also principal advisor to the Penang International Festival of Ideas, to be inaugurated in 2010. He has also been resident writer at the Iowa International Writing Program, Iowa City, United States in 2002 and was the Canada-Asean Centre Resident Writer in Montreal, Quebec 1995.

Eddin Khoo divides his time between Kuala Lumpur, London and the northeast Malaysian state of Kelantan.

(C) PUSAKA – 2009

Menuju FaHAM 3: Interbiu ringkas bersama Seno Gumira

Frinjan: Asia Tenggara baru-baru ini seperti Eropah zaman 1940an. Semua negara seolah-olah “mencari masalah” dengan negara lain tapi tetap berbicara untuk bersatu (rujuk ASEAN) misalnya. Berapakah kepentingan penulis sebagai agen damai Malaysia-Indonesia?

Seno: Bukan mencari masalah, tetapi semua bangsa mengalami krisis identitas karena globalisasi–dalam politik identitas itulah bangsa lain dibedakan dari dirinya, untuk menegaskan identitasnya sendiri. Tentu saja sikap ini timbul karena mitos “asli” yang masih menjadi pedoman dan kepercayaan. Suatu perkara yang tidak berlaku dan tidak perlu lagi dalam kondisi globalisasi.

Kalau bisa menjelaskan ini, seorang penulis barangkali bisa membantu.

Frinjan: Jika ia benar-benar besar dan kepercayaan kepada pemimpin kedua-dua negara yang tidak perlu ditunggu lagi, apakah langkah-langkah objektif yang boleh penulis-penulis ambil sebagai agen damai kedua-dua negara?

contohnya:
a. bikin tulisan-tulisan arus/ombak perubahan mencabut mentaliti benci Malaysia-Indonesia.

Seno: tulisan itu akan bermanfaat jika tidak saling menuduh dan menuding, tetapi memberi penjelasan berdasarkan teori-teori mutakhir, agar tampak bahwa kebencian adalah kerdil

b. urusan klaim-mengklaim budaya. Mengapa artisan, budayawan, penulis seolah tidak tampil lebih keras berbicara di arus perdana menolak rasa benci Mal-Indo ini? Malah dibiarkan saja pak-pak menteri dengan selitan agenda politik?

Seno: para seniman memang banyak yang terkungkung dalam dunianya sendiri, bahkan tampak inferior berhadapan dengan persoalan seni berkonteks sosial politik maupun ekonomi, karena melihat seni hanya sebagai hiasan dan hiburan, bukan hasil pemikiran serius mengenai kemanusiaan dan kebudayaan

Frinjan: Berapa bersediakah Malaysia-Indonesia?

Seno: kesan “konflik” selama ini hanya politisasi, jika dituntut dan diburu sebagai pemikiran serius, argumentasinya akan sangat mudah digugurkan, karena “keaslian” sudah tidak mungkin dipertahankan sebagai konsep lagi sekarang

Frinjan: Demi kepentingan bahasa yang menyatukan, adakah keterlaluan jika ada gagasan untuk menstandarkan kedua-dua Bahasa Indonesia & Bahasa Malaysia menjadi lebih “satu”? Jika tidak, bagaimanakah gagasan ini (sekiranya ada) boleh menjadi lebih objektif?

Seno: kesamaan dan kemiripan sangatlah menguntungkan, tetapi perbedaan tidak perlu dihapus demi kekayaan ragam

Frinjan: Apakah yang anda jangkakan tentang lawatan ke Malaysia kali ini?

Seno: belajar saling mengenal dengan Malaysia

Frinjan: Menurut bapak, adakah sastera Indonesia secara relatif lebih maju setelah era pasca reformasi? atau adakah sekarang sedang mengalami reformasi kedua? Soalan ini berbentuk umum

Seno: lebih berkembang itu pasti, karena secara politis lebih bebas — saya taktahu apakah ada reformasi kedua, karena harus dijawab dengan penelitian

Menuju FaHAM 2: Siapa dia Seno?

TOW02 Seno_Gumira_Ajidarma__PA2002_cc_Precious_Ngcobo

SENO GUMIRA AJIDARMA

Lahir: Boston, 19 Juni 1958

Pendidikan Formal:

1994 – Sarjana, Fakultas Film & Televisi, Institut Kesenian Jakarta
2000 – Magister Ilmu Filsafat, Universitas Indonesia
2005 – Doktor Ilmu Sastra, Universitas Indonesia

Penghargaan yang pernah di peroleh, antara lain:
1987 – SEA Write Award
1997 – Dinny O’Hearn Prize for Literary
2005 – Khatulistiwa Literary Award

Aktivitas dan kesibukan: Wartawan, Fotografer, Dosen, dan tentu saja Penulis

Saat ini Seno Gumira Ajidarma mengajar di dua institusi pendidikan di Jakarta yaitu di Institut Kesenian Jakarta (IKJ) dan di Universitas Indonesia (UI). Selain itu ia juga tercatat sebagai wartawan senior di Kelompok Kompas Gramedia, Jakarta.

Daftar Buku Karya SGA:

1. Kumpulan Cerpen
1. Dunia Sukab
2. Penembak Misterius
3. Negeri Kabut
4. Matinya Seorang Penari Telanjang
5. Iblis Tidak Pernah Mati
6. Atas Nama Malam
7. Aku Kesepian Sayang, Datanglah menjelang Kematian
8. Kematian Donny Osmond
9. Sepotong Senja Untuk Pacarku
10. Dilarang Menyanyi di Kamar Mandi
11. Saksi Mata
12. Sebuah Pertanyaan Untuk Cinta
13. Linguae

2. Roman
1. Jazz, Parfum dan Insiden
2. Negeri Senja
3. Biola Tak Berdawai
4. Kitab Omong Kosong
5. Kalatidha
6. Wisanggeni Sang Buronan
7. Nagabumi (akan terbit November 2009)
3. Non Fiksi
1. Ketika Jurnalisme Di Bungkam Sastra Harus Bicara
2. Layar Kata
3. Kisah Mata
4. Surat Dari Palmerah
5. Sembilan Wali dan Siti Jenar
4. Komik
1. Sukab Intel Melayu: Misteri Harta Centhini
2. Jakarta 2039
3. Taxi Blues
5. Drama
1. Mengapa Kau Culik Anak Kami?
6. Puisi
1. Mati, Mati, mati (1975)
2. Bayi Mati (1978)
3. Catatan-catatan Mira Sato (1978 )

Artikel mengenai profil SGA menurut majalah Tempo dan harian Kompas, Jakarta :

**************************************************(sumber : majalah Tempo)

PROFIL
Seno Gumira Ajidarma

(Sumber: Pusat Data dan Analisis TEMPO)

SASTRAWAN yang satu ini sosok pembangkang. Ayahnya Prof. Dr. MSA Sastroamidjojo, guru besar Fakultas MIPA Universitas Gadjah Mada. Tapi, lain ayah, lain pula si anak. Seno Gumira Ajidarma bertolak belakang dengan pemikiran sang ayah. Walau nilai untuk pelajaran ilmu pasti tidak jelek-jelek amat, ia tak suka aljabar, ilmu ukur, dan berhitung. “Entah kenapa. Ilmu pasti itu kan harus pasti semua dan itu tidak menyenangkan,” ujar Seno. Dari sekolah dasar sampai sekolah menengah atas, Seno gemar membangkang terhadap peraturan sekolah, sampai-sampai ia dicap sebagai penyebab setiap kasus yang terjadi di sekolahnya. Waktu sekolah dasar, ia mengajak teman-temannya tidak ikut kelas wajib kor, sampai ia dipanggil guru. Waktu SMP, ia memberontak: tidak mau pakai ikat pinggang, baju dikeluarkan, yang lain pakai baju putih ia pakai batik, yang lain berambut pendek ia gondrong. “Aku pernah diskors karena membolos,” tutur Seno.

Imajinasinya liar. Setelah lulus SMP, Seno tidak mau sekolah. Terpengaruh cerita petualangan Old Shatterhand di rimba suku Apache, karya pengarang asal Jerman Karl May, ia pun mengembara mencari pengalaman. Seperti di film-film: ceritanya seru, menyeberang sungai, naik kuda, dengan sepatu mocasin, sepatu model boot yang ada bulu-bulunya. Selama tiga bulan, ia mengembara di Jawa Barat, lalu ke Sumatera berbekal surat jalan dari RT Bulaksumur yang gelarnya profesor doktor. Lancar. Sampai akhirnya jadi buruh pabrik kerupuk di Medan. Karena kehabisan uang, ia minta duit kepada ibunya. Tapi, ibunya mengirim tiket untuk pulang. Maka, Seno pulang dan meneruskan sekolah.

Ketika SMA, ia sengaja memilih SMA yang boleh tidak pakai seragam. “Jadi aku bisa pakai celana jins, rambut gondrong.”

Komunitas yang dipilih sesuai dengan jiwanya. Bukan teman-teman di lingkungan elite perumahan dosen Bulaksumur (UGM), rumah orangtuanya. Tapi, komunitas anak-anak jalanan yang suka tawuran dan ngebut di Malioboro. “Aku suka itu karena liar, bebas, tidak ada aturan.”

Walau tak mengerti tentang drama, dua tahun Seno ikut teater Alam pimpinan Azwar A.N. “Lalu aku lihat Rendra yang gondrong, kerap tidak pakai baju, tapi istrinya cantik (Sitoresmi). Itu kayaknya dunia yang menyenangkan,” kata Seno.

Tertarik puisi-puisi mbeling-nya Remy Sylado di majalah Aktuil Bandung, Seno pun mengirimkan puisi-puisinya dan dimuat. Honornya besar. Semua pada ngenyek Seno sebagai penyair kontemporer. Tapi ia tidak peduli. Seno tertantang untuk mengirim puisinya ke majalah sastra Horison. Tembus juga. “Umurku baru 17 tahun, puisiku sudah masuk Horison. Sejak itu aku merasa sudah jadi penyair,” kata Seno bangga.

Kemudian Seno menulis cerpen dan esai tentang teater.

Jadi wartawan, awalnya karena kawin muda pada usia 19 tahun dan untuk itu ia butuh uang. Tahun itu juga Seno masuk Institut Kesenian Jakarta, jurusan sinematografi. “Nah, dari situ aku mulai belajar motret,” ujar pengagum pengarang R.A. Kosasih ini.

Kalau sekarang ia jadi sastrawan, sebetulnya bukan itu mulanya. Tapi mau jadi seniman. Seniman yang dia lihat tadinya bukan karya, tetapi Rendra yang santai, bisa bicara, hura-hura, nyentrik, rambut boleh gondrong. “Tapi, kemudian karena seniman itu harus punya karya maka aku buat karya,” ujar Seno disusul tawa terkekeh.

Sampai saat ini Seno telah menghasilkan puluhan cerpen yang dimuat di beberapa media massa. Cerpennya Pelajaran Mengarang terpilih sebagai cerpen terbaik Kompas 1993. Buku kumpulan cerpennya, antara lain: Manusia Kamar (1988), Penembak Misterius (1993), Saksi Mata (l994), Dilarang Menyanyi di Kamar Mandi (1995), Sebuah Pertanyaan untuk Cinta (1996), Iblis Tidak Pernah Mati (1999). Karya lain berupa novel Matinya Seorang Penari Telanjang (2000). Pada tahun 1987, Seno mendapat Sea Write Award. Berkat cerpennya Saksi Mata, Seno memperoleh Dinny O’Hearn Prize for Literary, 1997.

Kesibukan Seno sekarang adalah membaca, menulis, memotret, jalan-jalan, selain bekerja di Pusat Dokumentasi Jakarta-Jakarta. Juga kini ia membuat komik. Baru saja ia membuat teater.

Pengalamannya yang menjadi anekdot yakni kalau dia naik taksi, sopir taksinya mengantuk, maka ia yang menggantikan menyopir. Si sopir disuruhnya tidur.

*****************************************************(sumber:kompas)

Transformasi Seno Gumira

Oleh: Maria Hartiningsih

Begitu lama ia merasa berada dalam keterbatasan yang membuatnya berpikir bahwa pemahaman ”yang benar” itu ada. Keterbatasan semacam itu membuat Seno Gumira Adji Darma (47) menabrak-nabrak dan menghayati pengalaman orang buta yang merayap dalam kegelapan. Padahal, ketika matanya terbuka, ternyata dunia memang gelap.

Jalan ilmu pengetahuan terstruktur membukakan kesadaran bahwa realitas ”yang benar” adalah konvensi, kesepakatan; bahwa yang bernama ”realitas” sebenarnya merupakan konstruksi sosial-historis.

”Segala sesuatu diciptakan karena ada kebutuhan. Teori juga begitu. Mereka lahir dari yang sudah ada. Postmodernisme lahir karena modernisme, dekonstruksi karena konstruksi, poststrukturalisme karena strukturalisme,” ujarnya.

Seno tenggelam di dalam samudra ketakterbatasan ilmu pengetahuan ketika meneliti komik Panji Tengkorak untuk disertasi S-3-nya di Program Pascasarjana Fakultas Ilmu Pengetahuan Budaya Universitas Indonesia. Ia tak lagi terpaku hanya pada filsafat komik, sesuatu yang hinggap di benaknya setelah menyelesaikan S-2-nya di jurusan filsafat UI.

Ia menyelesaikan S-3-nya dalam delapan semester diselingi proses kreatifnya melahirkan tiga novel—salah satu novelnya, Negeri Senja, mendapat Khatulistiwa Literary Award 2004—dua naskah drama, skenario, dan puluhan cerita pendek, kolom, esai yang dimuat di berbagai media. Ia masih bisa melakukan kegiatan yang ia gemari: memotret, bahkan sempat pameran karena ada teman yang memintanya.

Oleh sebab itu, ia tak mempersoalkan predikat kelulusan ”sangat memuaskan”, karena melewati standar waktu, meski nilainya cumlaude. ”Lagi pula aku sudah menerima diriku sebagai mediocre saja. Dari kecil aku tak pernah terobsesi jadi nomor satu.”

Waktu SD, anak pertama dari dua bersaudara yang lahir di Boston, Amerika Serikat, itu selalu duduk di baris tengah agak depan. ”Yang pintar duduk di belakang, yang kurang bisa menangkap pelajaran duduk di depan,” kenangnya.

Itu membuatnya tidak pernah merasa hebat. Sebaliknya, selalu merasa kurang. ”Konsekuensinya mahal, karena aku harus belajar keras.”

Tuntas pada usia 20

Seno mulai menulis di SMA, tahun 1974. ”Aku mewajibkan diriku menulis karena aku suka membaca,” lanjutnya. Ia hidup dari menulis, meski tak bercita-cita menjadi penulis. ”Aku hanya terobsesi menguasai tulisan,” katanya.

Dulu ia ingin jadi seniman ”biasa” yang bisa merasa bahagia dengan apa adanya. Ia merasa sudah mencapainya pada usia 17 tahun ketika mengikuti rombongan Teater Alam. Pada usia 19 tahun ia sudah bekerja di koran sehingga berani menikahi Ike. Pada usia 20 tahun, Timur Angin—fotografer, lulusan Institut Kesenian Jakarta, tempat ayahnya menyelesaikan S-1-nya di bidang film—lahir.

”Upacara dalam hidup sudah kutuntaskan pada usia 20 tahun. Aku tak punya target lagi setelah itu,” tambahnya. ”Semua kujalani dengan ringan.”

Ia terus membaca, menulis, melanjutkan kerja jurnalistiknya. ”Jadi tukang,” katanya.

Tukang?

”Ya,” sergahnya. ”Bukan robot. Untuk jadi tukang keterampilan saja tak cukup. Ada pergulatan intens. Tukang kayu harus kenal kayu secara personal. Petani harus kenal cuaca, tanah, air, benih, secara personal.”

Keangkuhan para intelektuallah yang membuat derajat tukang direndahkan. Padahal, menurut Seno, di dalam ”pertukangan”, ada perfection. Di dalam kesempurnaan ada penghayatan, ada pengetahuan yang mendukungnya.

Juga dalam menulis. Untuk tulisan ilmiah, misalnya, harus masuk ke proses seorang ilmuwan di mana subjektivitas sangat berperan. Itulah faktor personal. ”Aku meneliti Panji Tengkorak juga karena faktor itu. Panji Tengkorak lahir tahun 1968, aku lahir tahun 1958,” katanya.

Tradisi keilmuwan ada di dalam keluarganya. Ayahnya, Mohammad Seti-Adji Sastroamidjojo (alm), adalah PhD di bidang fisika, dikenal sebagai ahli energi alternatif dari Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta. Ibunya, Poestika Kusuma Sujana (alm), adalah dokter spesialis penyakit dalam.

Jadi mungkin jeda sebelum ia memutuskan kembali ke bangku kuliah hanyalah ancang-ancang melanjutkan perjalanannya menuju horizon tak berbatas, seperti dalam impian masa kecilnya ketika membaca Karl May.

”Foucault menghasilkan karya-karya luar biasa setelah menulis disertasinya yang menjadi buku Madness of Civilization,” ujarnya, seperti meminta lawan bicaranya paham maksudnya.

Seno menerabas tantangan demi tantangan. Dan bertransformasi. Ia belajar mengepakkan sayap dari kegetiran dan keangkuhan kekuasaan. Sekarang ia sudah terbang. Jauh….

Sumber: Kompas, 19 Agustus 2005
http://www.kompas.com/kompas-cetak/0508/19/Sosok/197999.htm

Menuju FaHAM 1: Seno, Sebuah Pertanyaan Untuk Cinta

Seno-Front-WEB

Warna-warna jalang cinta Sebuah Pertanyaan Untuk Cinta Seno Gumira Ajidarma PT Gramedia 1996 Menurut Seno Gumira Ajidarma – melalui himpunan cerpen di dalam buku nipis ini – cinta harus dihunjam dengan pelbagai pertanyaan, mungkin. Dan cinta, agaknya, hadir sebagai sesuatu yang agung, sehingga melangkau keterbiasaan. Ini idea-idea yang dilontar oleh Seno sejak tahun-tahun 1980an lagi; bukan sesuatu yang baru di dalam lenggok penghasilan kerja-kerja tulisannya.

Ada beberapa ketika dan waktunya, di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur, beberapa kerat anak muda duduk dengan penuh rasa ghairah yang tersendiri, berbual kosong tentang kerja-kerja Seno yang kini sudah menimbun diterbitkan sebagai buku.

Sekali dilihat, cerpen-cerpennya seperti muncul dengan dengan segala keremehan. Keremehan gaya, keremehan ayat dan keremehan perihal. Tetapi kita perlu menunggu dulu. Jangan tergopoh menyimpulkan perasaan kerana, ada perkara yang terselit ditengah-tengahnya yang akan membuatkan kita merasa nikmat yang manis dan tersenyum sendiri.

Di sebalik simplifikasi kesah yang dipamerkan, cerpen-cerpen Seno sering meninggalkan rasa puas. Ada keindahan tersendiri yang perlu dicari sebelum kita memahami apa yang mahu diceritakan. Kata orang, walaupun pada kebanyakan ceritanya nampak mudah dan disampaikan dalam nada witty, ia masih mengandung personifikasi sindiran dan cerminan kepada persekitaran tanpa mahu berahsia dan menipu.

Di dalam Sebuah Pertanyaan Untuk Cinta, sebuah buku yang menghimpunkan cerpen-cerpen Seno dari tahun 80an lagi, Seno mempaparkan kisah cinta yang bagi sesetengah orang mungkin tidak boleh dituliskan – kerana malu, atau tidak ada moral, atau mungkin mengandungi unsur jijik yang memualkan. Tetapi itu tidak menjadi hal. Menulis, tiada ada pantang larang. Tidak ada garis pandu tentang bagaimana seharusnya sebuah cerpen itu ditulis. Di dalam dunia imajinasi, semuanya boleh jadi – dan itulah yang ditunjukkan oleh Seno.

Cinta sememangnya datang dalam bentuk-bentuk yang tak diduga. Ada juga kalanya cinta itu menyesakkan, mengerikan dan menakutkan. 14 cerpen cinta yang ada di dalamnya melihat cinta dari corong-corong berbeza. Ini bukan kesah biasa, yang direka untuk melunakkan perasaan orang dengan bayangan cinta yang meluluhkan hati sampai berderai air mata. Cinta lebih besar dari pada sekadar itu.

Seno menulis tentang cinta-cinta haram, pertembungan hati dan perasaan yang kacau bilau serta mungkin akan mengerutkan dahi mereka yang tidak pernah membaca tulisan sebegini sebagai sebuah kerja sastra.

Seno menulis tentang cinta seorang suami terhadap perempuan lain. Juga, kisah bagaimana seorang lelaki yang merasakan memperoleh cinta – daripada sebuah tenungan – daripada seorang lelaki lain, yang sebelumnya tidak pernah diperoleh daripada mana-mana perempuan.

Ada juga kisah seorang wanita – seorang istri dan ibu – yang bakal menyambut ulang tahun usia ke-40, terbayang-bayangkan bibirnya yang entah berapa banyak kali pernah dikucupi lelaki lain, daripada sebelum bernikah sehinggalah ke usia itu, ketika mengoleskan lipstik sebelum menghadiri majlis hari jadinya itu.

Di satu kisah lain, seorang anak kecil terperangkap dengan angan-angan menari ballet; mahu mengikut jejak majikan ibunya yang bekerja sebagai pembantu. Hasratnya ditentang halus oleh sang ibu, kerana, tanpa diketahui oleh anak itu, dia sebenarnya anak haram suami si majikan yang sudah melarikan diri.

Seno juga kerap membuka cerita-ceritanya dengan ayat-ayat yang memikat. Seperti kisah ‘Dua Lelaki’ ini, yang berkisah tentang pergolakkan rumah tangga Rusli yang didialogkan kepada watak ‘aku’:

“ ‘Perceraian ternyata sama indahnya dengan pernikahan itu sendiri,’ kata Rusli tiba-tiba. Aku tidak membantah maupun membenarkan. Kulihat wajahnya yang selalu riang itu, ada sesuatu yang nampak menggores.

‘Pekerjaan yang berat dan banyak ternyata juga sama merangsangnya dengan seorang istri yang menggairahkan,’ sambungnya lagi. Aku tetap diam.”

Dan, rupa-rupanya dihujung nanti, ‘aku’ itu sendiri yang diam-diam mengatur temu janji bersama Maya, istri Rusli.

Pembuka itu saja sudah mengundang macam-macam rasa. Mungkin ada orang yang akan merakannya enak, mungkin juga ada yang akan marah-marah kerana menurut mereka mungkin, ayat itu begitu kntra sekali dengan apa yang sepatutnya terjadi dengan norma biasa tujuan pernikahan seperti yang perturunkan.

Jangan marah-marah dengan pernyataan sebegini. Kalau tetap mahu memaki-maki, tak ada lain yang patut disembur dengan kata-kata itu melainkan diri kita sendiri dan keadaan yang mendesak di dalam persekitaran.

Seno merakam cabaran dan tuntutan cinta di era moden, di mana orang-orang yang mendiaminya sudah jadi kacau bilau akibat dunia sekeliling mereka. Semua ini, ditambah dengan cara Seno menggarap cerpen dengan cara yang mudah, melahirkan nikmat yang tersendiri kepada yang membaca.

Dan tentunya, ini merupakan satu lagi potret seni yang memaparkan cinta sebagai satu elemen kehidupan yang mungkin tidak akan dapat dikuasai sampai bila-bila. Untuk memahaminya saja satu masalah, inikan pula untuk memiliki cinta itu sendiri. Selamat mencuba.

** Seno Gumira Ajidarma akan berada di Kuala Lumpur untuk Festival Hak Asasi Manusia (FaHAM) yang akan berlangsung pada 13-15 November ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman www.frinjan.net dan boleh juga sertai grup Frinjan di Facebook. – Hafiz Hamzah, 31 Oktober 2009