07 October 2009
Jemputan ke Pelancaran Buku "Sembang Tepi Jalan" karya Meor
Bila? Sabtu, 24hb Oktober 2009
Kul bape? 3 petang ke 6 petang
Kat mana? The Annexe Gallery, Central Market Annexe
Kalau nak tau lebih? kol 0193083804 atau emel ke oxygenmedia22@gmail.com
http://www.facebook.com/event.php?eid=172520650015
Karya Meor akan dilancarkan oleh Pyanhabib dan akan diserikan juga dengan persembahan daripada;
Meor
Rahmat Harun
Azmyl Yunor
Nik
Faisal Mustaffa
Daniel Gurnesh
dan
Pyanhabib
Bayaran masuk: RM25 (tiket + buku)
*CARA UNTUK MEMBELI ONLINE*
1. Confirm dengan Zulhabri. Harga sanaskhah RM20. Tanya caj pos jika membeli secara pos. Minta rizab untuk sehari.
2. Masukkan wang ke dalam akaun Maybank beliau:
Zulhabri b Supian
1623 9372 8980
(Periksa betul-betul, ya bila masukkan wang itu!)
3. Emel kan bukti kemasukan itu ke oxygenmedia22@gmail.com atau sms kalau tahu no HP
*CARA UNTUK MEMBELI SECARA FIZIKAL*
1. Buku juga boleh diperolehi di acara-acara yang banyak bersepah di Lembah Klang terutamanya. Akan diumum dari masa ke semasa.
2. Di Ipoh, JB dan KB boleh dibeli penghujung Oktober. Akan dikemaskini juga nanti.
Sejarah dan Ceritanya
Sembang Tepi Jalan (STJ) adalah cerita-cerita dalam bentuk luahan hati yang ditulis tanpa pernah dirancang atau disusun. Ianya apa yang terlintas dalam otak aku. Kadang-kadang isunya menarik dan kadang-kadang tidak. Asas atau konsepnya santai, namun membawakan maksud yang serius. Isu-isunya tidak kompleks. Tetapi itulah aku tulis selalu. Isunya mudah, pasal hidup, pasal mati, pasal orang miskin, pasal orang kaya, pasal orang gila, pasal Tuhan; mengikut persepsi aku kerana aku pencerita. Kefahamannya bergantung pada tahap pemahaman pembaca. Aku suka kalau pembaca suka membaca dan berfikir. Ianya bagus untuk proses kematangan.
Aku mula menulis sejak isu pertama beberapa tahun dulu seperti yang aku cerita sebelum ni selepas mengenali dengan seorang pengendali laman sawang di Pulau Redang. Ianya sebuah perjalanan yang panjang juga, tetapi tiada penghujungnya.
Dahulu aku pernah bekerja di Yamaha Music dari 1996-2004. Masa aku mula menulis, aku sudah berhenti dari pusat muzik tersebut. Aku menjadi guru gitar dan jadi pemuzik jalanan sepenuh masa. Biasanya jika ada masa terluang, aku akan ke kedai Internet(Cyber Cafe) untuk hantar artikel. Dari situ aku terdedah dengan dunia teknologi maklumat (IT).
isi-isi cerita STJ pusing-pusing ke situ sahaja. Aku selalu melihat dunia dari atas. Jadi aku boleh lihat dan tulis macam-macam mengikut persepsi aku. Aku tidak suka melihat dari bawah atau dari sudut pandang yang rata sebab tidak akan nampak banyak pandangan. Aku berpendapat seorang penulis perlu banyak tahu dan faham tentang apa yang ditulisnya.
Idea-idea kebanyakannya daripada apa yang aku lalui. Ia berlaku secara sedar atau imaginasi yang membentuk persepsi. Cuma aku sukakan kehidupan yang sederhana atau marhaen, cerita orang-orang biasa yang biasanya tidak banyak kepentingan dalam hidup. Oleh yang demikian, masa aku menjadi pemuzik jalanan dahulu, aku lalui banyak pengalaman dan cerita yang biasanya aku tulis dalam STJ ni. Ianya seperti diari hidup seorang manusia yang masih punya Tuhan.
Sebahagian besar nukilan ini berdasarkan kepada pengalaman aku di dunia ini. Aku suka kalau orang kita berfikiran terbuka dalam menilai sesuatu isu kerana setiap isu itu ilmu. Jadi, kalau kamu susah untuk mendengar pendapat orang lain, maka di situ sahajalah kamu bermukim sedangkan hidup kita ini sendiri sebuah pengembaraan. Hijrah demi hijrah telah kita lalui. Bermula dari benih pertama di dalam perut ibu, kemudiannya tinggal di dalam kandungannya sembilan bulan, lahir ke dunia nyata dan membesar. Itulah hijrah. Dari segi pemikiran pun begitu juga. Kamu diajar tentang Tuhan oleh ibubapa kamu sejak dari kecil bagi yang beragama. Fahaman kamu tentang Tuhan adalah dari otak kamu. Aku dulu bayangkan Tuhan ni macam giant robot masa umur empat hingga lima tahun dahulu. Giant robot ini cerita kartun hitam putih yang popular pada sekitar tahun 1974-75 dahulu. Tapi itulah, selepas itu kita semakin dewasa, semakin kita faham, mulalah kita mahu mengenenal Tuhan. Dari proses pembelajaran melalui pengalaman dan praktikal aku terjemahkan dalam STJ ini. Aku rasa itu adil untuk semua bagi yang mahu tahu dan sudah tahu. Kamu boleh terus dengan apa yang kamu suka dan selesa. Aku tidak ada masalah untuk itu. Kalau kamu suka ke sini,datanglah. Kalau suka ke sana, pergilah.
Aku akui aku pernah melalui zaman free thinker dan pernah mendalami agama Hindu, Kristian, Buddha dan aliran-aliran rohani lainnya. Cuma asas keagamaan aku kukuh sebenarnya. Ianya sudah ditanam sejak dalam bayi lagi. Satu yang mencari adalah jiwa, bukannya nafsu. Jadi, kalau dari jiwa ianya dalam linkungan yang maha tahu juga. Kalau dari nafsu, mungkin aku aku sudah bunuh diri atau pun duduk di Hospital Bahagia sekarang ni.
Pada awal 90an dahulu, aku gila belajar ilmu hakikat. Bermacam-macam gurulah aku dekati. Sekarang pun sudah ramai menjadi guru dan mengajar agama. Selepasber kahwin, aku mula relaks dan seimbangkan diri. Jadi prosesnya panjang. Aku suka hakikat sebab ianya nyata, tidak ada penipuan. Kalau syariat, perkara itu telah kita lalui sejak kecil. Hari ini agama sudah menjadi barang dagangan. Orang politik menggunakan agama untuk kepentingan. Semua parti politik pun begitu sebab mereka tahu, orang Melayu sangat sukakan kebaikan yang ada di mata. Jadi apa susahnya? Kebaikan yang ada di dalam ini siapa yang nampak? Itu sebabnya kamu jangan menilai orang semudahnya. Kalau kamu memang baik, bagus.
Aku rasa semua orang politik sembahyang. Selepas tu korup sana sini, makan duit rakyat. Dosa pahala hanya sekadar kata-kata yang lahir di bibir.
Kita boleh menipu sesama kita,tapi kita tak kan boleh tipu diri kita sendiri..apatah lagi Tuhan..
Latar belakang Pendidikan Penulis
Nama : Meor Yusof Aziddin Meor Hassan
Tempat Lahir : Bruas,Perak
Mentor : Bob Dylan,Beatles,Pink Floyd,Nick Drake,Cat Steven,Iwan Fals,EbietG.Ade,Gombloh,Dewa,Padi,Kembara,King Crimson
Album:
- Pesta Jiwa
- Pesta Jiwa II
- Itu Padang Aku Di Situ
- Aku Dan Bulan
- Yang Terlintas Di Fikiran
- Sakrat
Catatan :
Meminati karya sastera seperti tulisan-tulisan daripada Pramodiya, Ananta Teor, Usman Awang, Hamzah Fansuri, Fariuddin Attar, Chairil Anwar, Iqbal, Jalaluddin Rumi, Suhaimi Hj Muhammad, William Brake dan ramai lagi yang mana banyak mempengaruhi penulisan lirik-lirik Meor. Muzik-muzik dan lirik yang saya hasilkan kebanyakanya berbentuk luahan dan emosi, rakaman peristiwa lalu, kini dan juga esok. Saya bukan seorang penyanyi yang bersuara bagus. Terus terang saya malu untuk mengaku sebagai penyanyi. Saya hanyalah komposer yang melagukan lagu-lagu saya dalam bentuk lagu. Terlalu banyak peristwa yang dicatat didalam dan luar diri, emosi, ekspressi dan harapan. Mungkin juga sukar untuk memahami maksudnya, terpulang kepada kefahaman individu masing-masing. Kalau anda seorang pelukis terpulang kepada anda untuk melakarkan garis-garis di kanvas. Abstrak, Surrel, Realism..apa saja. Kita bebas memilih apa saja yang kita mahu.Hasilnya serahkan kepada umum untuk menilai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment