sebuah catatan budaya pop oleh Sultan Muzaffar terbitan Oxygen Media
Sempena Kotak Hitam 2.0, Oxygen Media mempersembahkan majlis pelancaran buku terbaru kami, SULTAN PUN BLOG: BUKAN SULTAN BIASA, sebuah catatan budaya pop oleh Sultan Muzaffar.
Saiful Razman akan melancarkan buku tersebut.
Majlis juga akan dihadiri Dato Siti Nurhaliza dan Datin Seri Tiara Jacquelina yang menyumbang pandangan mereka di dalam prakata.
Amir Muhammad akan memberikan ulasan beliau menegnai buku tersebut. Turut menyerikan majlis adalah persembahan dari Beeha dan Noris & The Bliss.
Tarikh : 24 April 2010, Sabtu
Masa : 5 petang – 6.30 petang
Tempat : MAPKL, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur (belakang Masjid Wilayah)
peta klik pautan di bawah
http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fmaps.google.com%2Fmaps%3Ff%3Dq%26hl%3Den%26q%3DJalan%2520Dutamas%25201%252C%2520Kuala%2520Lumpur%252C%2520Malaysia&h=27314
Setelah lapan tahun memiliki blog sendiri di http://sultanmuzaffar.blogspot.com, kini blogger yang dikenali sebagai sultanmuzaffar atau nama sebenarnya Muzaffar Mustapa melancarkan buku tulisannya sendiri.
Berpengalaman lebih lapan tahun meyakinkan Muzaffar untuk menghasilkan buku itu yang diterbitkan oleh Oxygen Media. Buku itu mengandungi entri-entri terpilih dari pelbagai subjek antaranya teater, muzik, seni, kembara dan filem daripada blognya.
Menurut Muzaffar, penghasilan buku ini dianggap sebagai satu aras tanda dalam perjalanannya sebagai seorang manusia. Sebagai manusia, kita perlu memberikan sesuatu kepada masyarakat maka terhasilnya buku ini yang sebelum ini penulisannya hanya boleh dibaca di medium internet.
Bertugas sebagai wartawan penyiaran hiburan di Astro AWANI, mahu pengalamannya dikongsi oleh penggemar buku selain dijadikan bahan rujukan untuk semua peringkat.
Majlis pelancaran buku itu telah disempurnakan oleh Saiful Razman dan turut diserikan dengan persembahan dari Beeha dan Noris & The Bliss
Berharga RM30, buku tersebut boleh diperolehi di kedai-kedai buku terpilih atau pun secara online di http://oxygenmedia22.blogspot.com
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Zulhabri di talian 019-308 3804
Pautan di facebook
http://www.facebook.com/search/?post_form_id=7d4fc584067a831fca4c34ffc3bf40e8&q=frinjan&init=quick&ref=search_loaded#!/event.php?eid=111739125517755&index=1
Sedikit sebanyak mengenai SULTANMUZAFFAR:
Muzaffar Mustapa atau lebih dikenali sebagai “sultanmuzaffar” di kalangan pembaca-pembaca blognya memulakan hobi baru dalam bidang penulisan blog sejak 26 Februari 2002.
Oleh kerana penulisannya yang konsisten dengan profesionalisme dalam memegang etika penulisan dengan serius (walaupun pendidikannya di dalam bidang teknologi maklumat), sultanmuzaffar telah meraih pelbagai anugerah dan pengiktirafan dari kumpulan-kumpulan independen.
Antara penganugerahan yang dicapai ialah Anugerah Khas Juri di Anugerah Geng Jurnal 2003, Blog Bahasa Asing Asia Terbaik untuk Anugerah Weblog Asia 2003, Penerima Anugerah Weblog Terbaik (AWET) di Anugerah Geng Jurnal 2004, Anugerah Khas Juri, Blog Infotainmen Terbaik, Yoyooh.com 2009 dan Calon Akhir Kategori Media, Blog4FT 2009-2010. Beliau juga pernah tersenarai dalam Malaysian Futures 01 : “Fantasia Crossover”, majalah Off The Edge September 2006.
Sultanmuzaffar (bukan seorang berdarah raja) pernah diberi kepercayaan untuk menjadi Panel Juri Anugerah Geng Jurnal 2005 & 2006 dan Panel Juri Anugerah Industri Muzik 16 & 17, 2009-2010.
Kedua-dua bidang kepakarannya; teknologi maklumat dan penulisan juga menarik perhatian beberapa produksi dalam memberi publisiti kepada karya produksi mereka. Antaranya ialah dilantik sebagai Penyedia Kandungan Internet Teater “OPs OPHELIA: A Fashion Opera”, terbitan Artseefartsee Theater June 2004, Penyedia Kandungan Internet Portal Akademi Fantasia 2005-2007, Penyedia Kandungan Internet Puteri Gunung Ledang The Musical : Musim II Ogos 2006, Penyedia Kandungan Internet Puteri Gunung Ledang The Musical : The Esplanade, Singapura Nov 2006 dan Penyedia Kandungan Internet, Puteri Gunung Ledang The Musical : Musim III Feb 2009.
Selain kepakaran dalam bidang maya, beliau juga pernah menjadi Pengurus Publisiti, filem “Karaoke” untuk tayangan pada November 2009.
Dunia blognya juga telah membawa beliau sebagai blogger selebriti di mana beliau mewakili Malaysia untuk Cerebos Brand’s Blogger Challenge di Singapura, 2008 dan Jurucakap Blogger untuk Kempen Broadband Maxis 2010.
Sultanmuzaffar juga berkecimpung secara langsung dalam bidang persembahan apabila menjadi Pelakon untuk produksi teater “Rumah Kedai Jalan Seladang” terbitan Akar Gita Estetika di Festival Teater Kuala Lumpur April 2003.